Kelas Cara Pembelian Online

9 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 8 September 2018, Pihak pengurusan Pusat Kampung Semangar Dalam telah mengadakan Kelas Cara Pembelian Online. Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan terhadap jual beli dalam internet. Dalam Kelas kali ini kita akan mengenal laman sesawang yang memberi perkhidmatan online shopping yang dipercayai. Kelas ini dijalankan bermula pada jam 2.00 tengahari hingga 6.00 petang.

Kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan awal tentang jual beli melalui internet. Kami menerangkan fungsi-fungsi laman shooping ini diadakan dan tujuan mereka membina laman sesawang ini. Dalam kelas ini, kami memberi peluang kepada mereka untuk melayari laman sesawang shooping seperti mudah, lazada, shoopee, zalora dan sebagainya. Di sini juga, mereka dapat membandingkan barang-barang di setiap laman tersebut untuk mendapatkan harga yang terbaik. Mereka juga diajar untuk menjual barang milik mereka dalam laman shooping. Dengan ini, mereka dapat memanfaatkan ini dengan sebaik mungkin.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali